PETALING JAYA: Segala kos kuarantin bagi jemaah umrah yang tiba di tanah air setelah pulang dari tanah suci Mekah akan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad berkata, keputusan itu dibuat setelah meneliti kebimbangan dalam kalangan jemaah terhadap kos tambahan apabila menjalani tempoh kuarantin nanti.
Justeru katanya, jemaah umrah mempunyai pilihan sama ada berurusan terus dengan stesen kuarantin swasta yang boleh dirujuk melalui senarai yang disediakan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) atau stesen kuarantin yang diuruskan kerajaan.
“Bagi penempatan kuarantin yang diurus kerajaan, Person Under Surveillance (PUS) iaitu jemaah yang negatif ujian saringan Covid-19 oleh Kementerian Kesihatan akan ditempatkan di hotel atau Pusat Latihan Awam bergantung kepada ketersediaan bilik pada hari ketibaan.
“Bagi pilihan ini, kos urusan kuarantin ditanggung oleh pihak kerajaan termasuk makan, minum serta pengangkutan dari lapangan terbang. Tempoh kuarantin adalah seperti yang ditetapkan Kementerian Kesihatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Berikut senarai 25 pusat kuarantin untuk jemaah umrah:
Stesen kuarantin Institut Latihan Awam:
- Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT), Nilai
- Institut Aminuddin Baki (IAB), Nilai
- Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi
- Institut Semarak Felda (ISEF), Bangi
- Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan (ILKAP), Bangi
- Pusat Latihan Polis (Pulapol), Kuala Lumpur
Stesen kuarantin hotel:
- Klana Resort, Seremban
- Hotel Royal, Kuala Lumpur
- Hotel Swiss Garden, Bukit Bintang
- Hotel IBIS, KLCC
- Hotel Furama, Bukit Bintang
- Hotel Mercure Kuala Lumpur Shaw Parade
- IBIS Style KL Fraser Business Park
- Hotel AnCasa
- Hotel Cosmo
- Hotel KIP
- Hotel Arena Star
- Hotel Sama-sama
- Hotel Gorsett Grand, Subang
- Hotel Crystall Crown, PJ
- Hotel Sunway Clio
- Hotel Hilton Garden Inn, Puchong
- Hotel Oriental Crystal
- Hotel Summit, USJ
- Hotel Pegasus, Shah Alam