Kluster aktif catat bawah 200 kluster  - Utusan Malaysia

Kluster aktif catat bawah 200 kluster 

DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Empat kluster baharu dicatatkan hari ini menjadikan jumlah kluster terkumpul sejak pandemik melanda negara iaitu 6,143 kluster.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 195 kluster aktif direkodkan yang menunjukkan penurunan berbanding semalam, 200 kluster.

“Jumlah kluster tamat sebanyak 5,948 kluster berbanding semalam, 5,939 kluster.

“Bagi kes positif, ia menunjukkan peningkatan iaitu 3,720 kes berbanding semalam, 2,842 kes sekali gus mengatasi pesakit sembuh, 3,196 kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Noor Hisham berkata, Malaysia merekodkan sebanyak 2.1 peratus bersamaan 69 kes daripada 3,270 kes harian positif Covid-19 melibatkan kategori tiga, empat dan lima, hari ini.

Katanya, bakinya, 3,201 kes bersamaan 97.9 peratus adalah terdiri daripada kategori satu dan dua.

“Pesakit Covid-19 yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) mencatatkan peningkatan apabila merekodkan 257 kes berbanding semalam, 252 kes.

“Jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan pula merekodkan peningkatan sedikit iaitu 137 kes berbanding semalam, 134 kes,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan kematian, jumlah kematian yang dilaporkan berlakunya peningkatan apabila mencatatkan sebanyak 31 kes, berbanding semalam, 28 kes.

Rekod terbabit adalah setakat pukul 7 petang, hari ini berdasarkan maklumat dikemas kini melalui laman web, https://covidnow.moh.gov.my menjadikan keseluruhan kes terkini sebanyak 31,591 kes.

Bagi kes kematian yang dibawa ke hospital (BID), sebanyak sembilan daripada 31 kes dengan jumlah keseluruhan sebanyak 6,375 kes.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya