PETALING JAYA: Varian Omicron terus membuatkan kes penularan Covid-19 melonjak naik apabila hari ini mencecah sehingga 5,439 kes.
Menerusi aplikasi Telegram, Majlis Keselamatan Negara memaklumkan dengan jumlah itu, jumlah kumulatif Covid-19 dalam negara sebanyak 2,850,408.
Menerusi satu ciapan semalam, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin mengesahkan gelombang Omicron telah bermula di Malaysia.
“Kes akan meningkat namun masih terkawal dengan kadar vaksinasi yang tinggi.
“Sistem kesihatan juga sudah bersiap siaga. Kes serius semakin berkurang jadi sama-sama kita boleh mengatasi gelombang ini. Pakai pelitup muka, amalkan ujian, lapor, mengasingkan, memaklumkan dan mencari (TRIIS) dan ambil suntikan penggalak,” katanya.