Kelantan sudah ada 4 kluster pendidikan - Utusan Malaysia

Kelantan sudah ada 4 kluster pendidikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Empat kluster pendidikan dilaporkan di seluruh negeri ini setakat semalam, dengan jumlah kes terkumpul individu yang dijangkiti virus Covid-19 kini sudah mencecah 142 orang.

Selain Kluster Jalan Embi yang diisytiharkan 14 Januari lalu, tiga lagi kluster baharu diisytiharkan sejak semalam iaitu Pulau Melaka dan Padang Raja di Kota Bharu serta Bandar Chiku di Gua Musang.

Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr. Zaini Hussin berkata, tiga kluster baharu tersebut membabitkan murid di sekolah rendah dan sekolah menengah.

“Kluster Embi Telipot yang membabitkan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Naim Lilbanat merekodkan pertambahan 33 kes baharu dengan jumlah kumulatif 106 kes.

“Kluster Pulau Melaka merekodkan 11 kes manakala Kluster Padang Raja dan Kluster Jalan Bandar Chiku masing-masing sembilan dan lapan kes,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini

Susulan penularan kluster pendidikan itu, kata Dr. Zaini, semua pihak termasuk warga sekolah, ibu bapa dan pelajar diminta untuk sama-sama menjaga prosedur operasi standard (SOP).

“Pelajar yang tidak sihat dan bergejala dinasihatkan supaya tidak hadir ke sekolah bagi mengelak berlakunya penularan Covid-19.

“Mereka juga digalakkan membuat ujian saringan Covid-19 di rumah masing-masing sebelum hadir ke sekolah,” katanya. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya