Jangkitan 45 murid, 7 guru punca Felda Chemomoi kena PKPD - Utusan Malaysia

Jangkitan 45 murid, 7 guru punca Felda Chemomoi kena PKPD

SEBAHAGIAN guru dan murid Sekolah Kebangsaan Felda Chemomoi yang diangkut dengan bas ke beberapa pusat kuarantin. - FOTO MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Penularan melibatkan 45 murid mengakibatkan Felda Chemomoi di Pahang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 12 tengah malam tadi.

Menurut Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Rodzi Md. Saad, sekatan bersasar itu meliputi skim tanah Persekutuan tersebut di Mukim Sabai dalam Daerah Bentong dan lebih menyedihkan, seramai tujuh guru Sekolah Kebangsaan Felda Chemomoi turut disahkan positif Covid-19 sekali gus membentuk kluster pendidikan baharu diumumkan kelmarin.

Sekolah rendah yang dibuka sejak 1972 itu dan beberapa buah lagi institusi pendidikan yang terletak berhampiran turut ditutup sementara oleh pihak Pejabat Kesihatan Daerah Bentong dan berdasarkan rekod Jabatan Kesihatan Negeri Pahang, secara kumulatif 121 kes direkodkan di lokaliti itu yang mengandungi sebanyak 700 rumah peneroka dengan lebih 3,000 penduduk.

Jangkitan agak tinggi di kawasan itu menyaksikan dua buah bas persiaran dan sejumlah van dikerah bagi membawa pesakit menjalani pengasingan di pelbagai pusat kuarantin ditetapkan.

Ketika ini, sudah terdapat empat kluster pendidikan di daerah tersebut dengan keseluruhan 261 kes, manakala satu kluster kumpulan berisiko tinggi pula telah merekodkan sejumlah 25 kes.

Semalam sahaja, sebanyak 105 kes baharu pandemik tersebut dicatatkan di Bentong, angka paling tinggi berbanding 11 daerah lain di Pahang; dengan kumulatifnya 11,275 kes.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya