PETALING JAYA: Sebanyak 2,641 kes jangkitan Covid-19 dilaporkan hari ini berbanding 2,888 kes semalam.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes Covid-19 yang direkodkan itu menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,788,860 kes.
“Maklumat terperinci akan dimuat naik ke laman Covid Now: https://covidnow.moh.gov.my.
“Data setiap hari bagi laman Covid Now adalah dikemas kini sekali gus selepas tengah malam,” katanya dalam satu hantaran di Facebook. – UTUSAN ONLINE