NEW YORK: ‘No jab-no job‘ (Tidak disuntik, tiada kerja).
Demikian peraturan yang ditetapkan terhadap kakitangan Citigroup di Amerika Syarikat (AS) yang belum mengambil vaksin Covid-19, selewat-lewatnya 14 Januari ini.
Dalam peraturan itu, tindakan diberi cuti tanpa gaji atau dipecat akan dikuatkuasakan akhir bulan ini, melainkan mereka dapat pengecualian.
Menurut laporan Reuters, bank tersebut menjadi institusi perbankan pertama yang mewajibkan suntikan vaksin Covid-19 dalam kalangan pekerjanya.
Sebelum Citibank, Google dan United Airlines juga telah menetapkan peraturan tersebut dengan tahap ketegasan yang berbeza.
Sumber memberitahu, lebih 90 peratus pekerja Citigroup telah menerima suntikan vaksin Covid-19.