99.1 peratus kategori satu dan dua Covid-19 - Utusan Malaysia

99.1 peratus kategori satu dan dua Covid-19

DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Sebanyak 4,077 kes bersamaan 99.1 peratus daripada 4,116 kes positif Covid-19 hari ini, adalah terdiri daripada kategori satu dan dua.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, hanya 39 kes bersamaan 0.9 peratus adalah kategori tiga, empat dan lima.

Katanya, sebanyak 4,116 kes positif menunjukkan peningkatan berbanding semalam, 4,046 kes sekali gus mengatasi 2,858 kes.

“Jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan terus merekodkan penurunan, 62 kes berbanding semalam, 71 kes.

“Pesakit Covid-19 yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) pula merekodkan penurunan, 141 kes berbanding semalam, 149 kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Noor Hisham berkata, Malaysia terus mencatatkan penurunan jumlah kluster Covid-19 apabila merekodkan sembilan kluster baharu berbanding semalam, 12 kluster.

Katanya, ia menjadikan jumlah kluster terkumpul sejak pandemik melanda negara iaitu 6,293 kluster.

“Sebanyak 225 kluster aktif direkodkan yang menunjukkan pertambahan berbanding semalam, 220 kluster.

“Jumlah kluster yang telah tamat sebanyak 6,068 kluster berbanding semalam, 6,064 kluster,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan kematian, jumlah kematian yang dilaporkan mencatatkan penurunan iaitu 16 kes, berbanding semalam, 22 kes.

Rekod terbabit adalah setakat pukul 7 petang, hari ini berdasarkan maklumat dikemas kini melalui laman web, https://covidnow.moh.gov.my menjadikan keseluruhan kes terkini sebanyak 31,869 kes.

Bagi kes kematian yang dibawa ke hospital (BID), dua kes daripada 16 kes dengan jumlah keseluruhan sebanyak 6,427 kes. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya