PETALING JAYA: Kes jangkitan harian pandemik Covid-19 hari ini merekodkan sebanyak 4,066 kes, meningkat lebih tinggi berbanding 3,214 kes yang dicatatkan semalam.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, rekod tersebut menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,840,225 kes.
“Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman Covidnow. Data harian laman Covidnow dikemaskini sekaligus selepas tengah malam,” katanya hari ini. -UTUSAN ONLINE