4 PPV Lembah Klang tawar dos penggalak datang terus, bermula esok - Utusan Malaysia

4 PPV Lembah Klang tawar dos penggalak datang terus, bermula esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Perkhidmatan vaksinasi dos penggalak secara datang terus (walk-in) akan dibuka kepada semua penduduk dewasa berumur 18 tahun ke atas di empat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Integrasi di Lembah Klang, bermula esok. 

Kementerian Kesihatan (KKM) dalam satu kenyataan memaklumkan, keputusan ini bagi mempertingkatkan lagi kadar pengambilan dos penggalak dan memastikan lebih ramai penduduk di Lembah Klang mendapat perlindungan imuniti yang optimum terhadap jangkitan Covid-19 termasuk ancaman varian Omicron.

Katanya, empat PPV Integrasi  iaitu di World Trade Centre, Kuala Lumpur; Axiata Arena, Bukit Jalil; Ideal Convention Centre, Shah Alam; dan Dewan Soka Gakkai, Klang yang telah bermula 15 Januari lalu.

“Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan – Dos Penggalak (PICK-Booster) yang bermula pada 13 Oktober tahun lalu adalah satu daripada langkah mengawal pandemik yang kini merekodkan seramai 11,119,363 atau 47.5 peratus penduduk Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas telah menerima dos penggalak vaksin COVID-19. 

“Malah sehingga hari ini, liputan vaksinasi dos penggalak di Lembah Klang juga amat menggalakkan dengan 68.2 peratus penduduk dewasa telahpun menerima dos penggalak, mengikuti rapat negeri Sarawak yang mencatatkan liputan tertinggi iaitu sebanyak 69.5 peratus,” katanya, hari ini. 

Kenyataan itu menyebut, vaksin yang diberikan di PPV Integrasi di Lembah Klang adalah vaksin AstraZeneca. 

“Namun begitu, vaksin Pfizer juga akan dibekalkan bagi individu tertentu seperti ibu hamil yang  menerima janji temu atau individu yang mempunyai kontraindikasi terhadap vaksin AstraZeneca.

“Individu yang ingin hadir secara walk-in perlu memastikan sijil vaksinasi digital di dalam aplikasi MySejahtera adalah lengkap bagi melancarkan proses vaksinasi,” katanya. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya