2,842 kes baharu Covid-19 - Utusan Malaysia

2,842 kes baharu Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak 2,842 kes positif baharu Covid-19 dicatatkan hari ini, berbanding 2,690 kes semalam.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah, ia meliputi jumlah kumulatif sebanyak 2,769,886 kes.

Berdasarkan data terkini setakat 2 Januari, 11.59 malam dari laman CovidNow, sebanyak 79.6 peratus kadar vaksinasi dicatatkan bagi sekurang-kurangnya satu dos.

Dalam pada itu, sebanyak 40,606 kes aktif dicatatkan, dengan kadar penggunaan unit rawatan rapi (ICU) mencatatkan sebanyak 54.7 peratus manakala kapasiti hospital mencatatkan sebanyak 62.1 peratus. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya