Tuan Ibrahim, 4 anak, seorang cucu positif Covid-19 - Utusan Malaysia

Tuan Ibrahim, 4 anak, seorang cucu positif Covid-19

TUAN Ibrahim Tuan Man bersama 4 anak seorang cucu disahkankan positif Covid-19. - FB TUAN IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man disahkan positif Covid-19.

Selain beliau, turut dijangkiti wabak itu ialah empat anak dan seorang cucunya.

Menurut Tuan Ibrahim, beliau dan ahli keluarga yang positif sedang menjalani kuarantin beberapa hari lalu.

“Seorang cucu selamat dilahirkan semalam dan disahkan negatif tetapi ibunya masih ditahan di Hospital Sungai Buluh. Doakan,” tulisnya dalam Facebook beliau hari ini.

Difahamkan Timbalan Presiden Pas itu baru sahaja pulang dari mengerjakan umrah minggu lalu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya