Sabah wajibkan pengembara 11 negara dikuarantin - Utusan Malaysia

Sabah wajibkan pengembara 11 negara dikuarantin

MASIDI MANJUN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Semua pengembara yang datang dari 11 negara melalui penerbangan antarabangsa dan berhasrat masuk ke Sabah dikehendaki menjalani kuarantin wajib selama tujuh hari di Kuala Lumpur bermula esok.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, langkah itu selaras dengan usaha menghalang penularan varian Omicron ke Sabah memandangkan negara-negara itu merekodkan varian Omicron yang tinggi.

Negara-negara yang dimaksudkan ialah United Kingdom, Arab Saudi, Australia, Norway, Perancis, Kanada, Denmark, Nigeria, Amerika Syarikat, India dan Pakistan.

Justeru, semua pengembara yang datang dari semua negara yang disenaraikan perlu menjalani kuarantin wajib di Pintu Masuk Antarabangsa Pertama di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum mereka dibenarkan meneruskan perjalanan ke Sabah.

Bagi rakyat negara asing yang tidak ada pengecualian khas memasuki Sabah pula dikehendaki memohon kebenaran daripada Jabatan Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan, Jabatan Ketua Menteri Sabah untuk masuk ke negeri ini.

Setakat 25 Disember, 62 kes varian Omicron Covid-19 dikesan di negara ini dan daripada jumlah itu, 30 kes merupakan jangkitan import dari Arab Saudi.

Semalam, dua kes varian Omicron dilaporkan di Johor baharu membabitkan sepasang suami isteri yang baharu pulang dari Arab Saudi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya