Pesakit Covid-19 perlukan ABP kekal bawah 400 kes - Utusan Malaysia

Pesakit Covid-19 perlukan ABP kekal bawah 400 kes

PETUGAS barisan hadapan menunjukkan dos penggalak (booster dose) vaksin Covid-19 jenis Pfizer kepada penerima sebelum memberi suntikan di Hospital Pakar An-Nur, Bangi. – UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia terus merekodkan jumlah pesakit yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di bawah 400 kes apabila mencatatkan 390 pesakit berbanding semalam, 391 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan kekal melebihi 200 kes apabila mencatatkan sebanyak 211 kes, hari ini berbanding semalam, 215 kes.

“Malaysia merekodkan sebanyak 1.8 peratus bersamaan 57 kes daripada 3,108 kes harian positif Covid-19 melibatkan kategori tiga, empat dan lima.

“Bakinya, 3,051 kes bersamaan 98.2 peratus lagi adalah terdiri daripada kategori satu dan dua,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Noor Hisham berkata, bagi kes positif pula, ia menunjukkan penurunan iaitu 3,108 kes berbanding semalam, 4,083 kes sekali gus diatasi pesakit yang sembuh pula, 3,701 kes.

“Sebanyak dua kluster baharu dicatatkan yang menjadikan jumlah kluster terkumpul sejak pandemik melanda negara iaitu 6,079 kluster. Sebanyak 252 kluster aktif manakala jumlah kluster yang telah tamat sebanyak 5,827 kluster,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan kematian, Malaysia semalam, mencatatkan peningkatan jumlah kematian yang dilaporkan iaitu 29 kes berbanding kelmarin, 18 kes.

Rekod terbabit adalah setakat pukul 7 petang, hari ini berdasarkan maklumat dikemas kini melalui laman web, https://covidnow.moh.gov.my menjadikan keseluruhan kes terkini sebanyak 31,073 kes.

Bagi kes kematian yang dibawa ke hospital (BID), sebanyak tujuh daripada 29 kes dengan jumlah keseluruhan sebanyak 6,282 kes.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya