Pesakit Covid-19 di ICU terus bawah 400 kes - Utusan Malaysia

Pesakit Covid-19 di ICU terus bawah 400 kes

DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) terus mencatatkan kes di bawah 400 apabila merekodkan sebanyak 384 kes berbanding semalam, 382 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kes memerlukan alat bantuan pernafasan pula merekodkan peningkatan iaitu 213 kes berbanding semalam, 201 kes.

“Bagi kes positif hari ini, ia menunjukkan penurunan iaitu 3,900 kes berbanding semalam, 4,097 kes sekali gus diatasi pesakit yang sembuh pula, 4,552 kes.

“Sebanyak tujuh kluster baharu dicatatkan yang menjadikan jumlah kluster terkumpul sejak pandemik melanda negara iaitu 6,056 kluster dengan 246 kluster aktif manakala jumlah kluster yang telah tamat sebanyak 5,810 kluster,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Noor Hisham berkata, daripada 3,900 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, 86 kes (2.2 peratus) adalah kategori tiga, empat dan lima manakala bakinya, 3,814 kes (97.8 peratus) adalah terdiri daripada kategori satu dan dua,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan kematian, Malaysia semalam, mencatatkan peningkatan jumlah kematian yang dilaporkan iaitu 48 kes berbanding kelmarin, 29 kes.

Rekod terbabit adalah setakat pukul 7 petang, hari ini berdasarkan maklumat dikemas kini melalui laman web, https://covidnow.moh.gov.my menjadikan keseluruhan kes terkini sebanyak 30,956 kes.

Bagi kes kematian yang dibawa ke hospital (BID), sebanyak 12 daripada 48 kes dengan jumlah keseluruhan sebanyak 6,266 kes.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya