KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab Aziz Kaprawi mungkin akan ditidurkan susulan jangkitan Covid-19 terhadap dirinya.
Adiknya, Khir Johari menerusi posting media sosial Facebook berkata, bagaimanapun keputusan terakhir bergantung kepada doktor.
“Walau apa pun saya bagi pihak family f(keluarga) memohon supaya mendoakan dan jika boleh buat solat hajat untuk abang saya selamat dan seterusnya sihat kembali,” tulisnya.
Sebelum itu, Ab Aziz disahkan positif Covid-19 dan dirawat di Hospital Sultanah Nora Ismail di Batu Pahat, Johor kerana tekanan oksigennya rendah pada 16 Disember lalu.