PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan menjangkakan peningkatan kes Covid-19 berikutan bencana banjir.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, ini selepas saringan di pusat pemindahan sementara (PPS) merekodkan 181 kes positif.
“Hasil saringan setakat pukul 11 pagi tadi itu antara lain membabitkan 117 kes positif di Selangor, Pahang (52), Kelantan (6) dan Kuala Lumpur (empat),” katanya.
Dalam pada itu, jumlah kes yang dilaporkan hari ini adalah sebanyak 2,589 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,721,544 kes.