306 sampel Covid-19 mungkin varian Omicron - KJ - Utusan Malaysia

 306 sampel Covid-19 mungkin varian Omicron – KJ

KHAIRY JAMALUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan, 306 daripada 366 kes positif Covid-19 dalam kalangan pengembara dari 21 sehingga 25 Disember lalu telah menunjukkan kemungkinan varian Omicron.

Menterinya, Khairy Jamaluddin berkata, data itu diperoleh menerusi Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) hasil ujian PCR Genotyping Assay.

Beliau berkata, buat masa ini, 306 kes itu sedang menunggu keputusan ujian jujukan penuh (WGS).

“Bila sudah selesai ujian WGS, kita akan maklumkan sama ada ia varian Omicron atau tidak dan butiran terperinci dari negara mana jangkitan itu diperolehi.

“Kita juga sedang jalankan ujian PCR kerana kontak-kontak rapat mereka yang dijangkiti Omicron bagi memastikan penularan dapat di kawal,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Dalam pada itu, Khairy berkata, kerajaan juga memutuskan untuk menarik semula sekatan perjalanan sementara ke atas lapan buah negara iaitu Afrika Selatan, Botswana, Eswatini, Lesotho, Mozambique, Namibia, Zimbabwe dan Malawi berkuatkuasa serta merta.

Menurutnya, kesemua lapan negara itu akan dimasukkan ke dalam senarai negara berisiko tinggi, menjadikan jumlah negara yang berisiko tinggi kini adalah 18 buah.

“Buat masa ini, senarai negara berisiko tinggi varian Omicron lain ialah United Kingdom, Amerika Syarikat, Australia, Arab Saudi, Norway, Perancis, Denmark, India, Kanada dan Nigeria,” katanya.

Katanya, pengembara yang datang dari 18 buah negara ini akan dipakaikan peranti digital supaya mereka patuh kepada arahan kuarantin di rumah. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya