Tiada kes Covid-19 varian Omicron di Perak dan Malaysia - Utusan Malaysia

Tiada kes Covid-19 varian Omicron di Perak dan Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) menafikan wabak Covid-19 varian Omicron yang mempunyai 32 protein mutasi ‘spike’ yang berganda lebih banyak daripada varian Delta dikesan di Perak. 

Pasukan Respon Pantas KKM dalam satu kenyataan menyebut, setakat ini, tiada kes Covid-19 varian Omicron dikesan di Malaysia. 

“Orang ramai disaran agar menghentikan penyebaran maklumat daripada sumber yang tidak sahih yang boleh menimbulkan kebimbangan dan keresahan dalam kalangan orang ramai,” katanya dalam satu hantaran yang dimuat naik dalam Facebook rasmi KKM, hari ini.

Utusan Online melaporkan beberapa negara Afrika merekodkan penemuan varian B.1.1.529 yang diberi nama Omicron pada 9 November lalu, sebelum dilaporkan kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), pada 24 November.

Susulan itu, kebanyakan negara termasuk Malaysia menguatkuasakan perintah larangan perjalanan melibatkan negara Afrika bagi mengelak penularan varian baharu itu.

Jumaat lalu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin mengumumkan pengembara Malaysia yang merancang melawat Afrika Selatan, Botswana, Eswatini, Lesotho, Mozambique, Namibia dan Zimbabwe, adalah tidak dibenarkan, bermula keesokkannya susulan penemuan varian baharu Covid-19 iaitu B.1.1.529 iaitu Omicron. 

Selain itu, sekatan sementara kepada semua warga asing yang mempunyai sejarah perjalanan dalam tempoh 14 hari ke semua negara terbabit turut dilaksanakan. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya