SOP PRN Melaka tidak berubah - Utusan Malaysia

SOP PRN Melaka tidak berubah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA : Jabatan Kesihatan Negeri menegaskan penguatkuasaan prosedur operasi standard (SOP) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) kekal dan tidak berubah.

Pengarah Kesihatan Negeri Melaka, Dr. Rusdi Abd. Rahman berkata, SOP tetap dilaksanakan walaupun ada pihak mempertikai ketetapan berkenaan.

Malah, katanya lagi, arahan itu perlu dilaksanakan bagi mengelakkan berlakunya gelombang keempat penularan wabak Covid-19 di negeri ini.

“Secara keseluruhannya, saya nampak mungkin daripada awal lagi, mereka mungkin kurang faham.

“Malah, difahami, tapi dia tak berpuas hati dengan SOP kita, tapi, selepas taklimat ini, saya rasa kefahaman mungkin dah tak ada masalah lagilah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Taklimat Penyelarasan SOP Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan pemberian permit kepada calon-calon parti atau wakil dalam tempoh berkempen PRN 2021.

Dalam pada itu, Ketua Polis Melaka, Datuk Abdul Majid Mohd. Ali memaklumkan semua parti politik tidak boleh dijadikan alasan tidak faham atau tidak jelas dengan SOP bagi melanggar peraturan yang ditetapkan sepanjang PRN Melaka.

Namun, katanya, terdapat beberapa pihak yang kabur dalam pelaksanaan SOP dapat dijelaskan.

“Saya berharap pihak-pihak yang berkempen dalam pilihan raya boleh melaksanakan tanggungjawab mereka dengan mengikut peraturan ditetapkan,” jelas beliau.

Dalam pada itu, beliau menegaskan parti-parti politik dan calon bertanding perlu memohon permit untuk menggunakan lori atau van yang dipasang alat pembesar suara untuk bergerak di jalan raya ketika berkempen.

Katanya, mereka perlu mematuhi syarat ditetapkan seperti tidak boleh berhenti atau membuat persinggahan di mana-mana tempat serta mengikut masa ditetapkan. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya