[PARLIMEN] Dos penggalak Covid-19 ahli Parlimen diberi esok - Utusan Malaysia

[PARLIMEN] Dos penggalak Covid-19 ahli Parlimen diberi esok

MOHD. RASHID HASNON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Ahli Parlimen akan menerima dos penggalak vaksin Covid-19 esok dalam sesi ketiga bagi mereka yang belum menerimanya.

Perkara itu dimaklumkan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon dalam sidang Dewan Rakyat hari ini di mana ahli Parlimen berkenaan akan menerima dos penggalak di klinik Parlimen bermula jam 9 pagi sehingga 1 tengah hari.

“Ahli-ahli Yang Berhormat boleh menghubungi Dr. Murugesu Raju di klinik Parlimen untuk mendapatkan maklumat lanjut dan membuat janji temu bagi penerimaan dos penggalak tersebut,“ katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Terdahulu, Kementerian Kesihatan (KKM) menjalankan pemberian dos penggalak kepada Ahli Parlimen pada 2 dan 11 November lalu.

Pemberian dos penggalak bermula di seluruh negara 13 Oktober lepas bagi individu yang mendapat dos lengkap vaksin bagi memastikan imuniti yang diterima dapat dikekalkan bagi tempoh optimum, khususnya terhadap jangkitan varian Delta. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya