[PARLIMEN] 47,748 tahanan penjara lengkap divaksin Covid-19 - Utusan Malaysia

[PARLIMEN] 47,748 tahanan penjara lengkap divaksin Covid-19

KHAIRY JAMALUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Sehingga 16 November lalu, seramai 47,748 tahanan penjara sudah lengkap dua dos vaksin Covid-19,

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, vaksinasi tersebut membabitkan 42 penjara seluruh negara.

“Kementerian Kesihatan (KKM) mengambil maklum dan mengesahkan bahawa pemberian vaksin kepada tahanan seperti di penjara dan depoh imigresen, dijalankan oleh petugas kesihatan dari pejabat kesihatan daerah masing-masing.

“Di 21 depoh imigresen seluruh negara pula, hampir keseluruhan tahanan sudah diberi sekurang-kurang satu dos vaksin kecuali beberapa depoh di Tawau, Sandakan dan Kota Kinabalu,” katanya dalam jawapan bertulis.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan dikemukakan Ramkarpal Singh (PH-Bukit Gelugor) yang menggesa kerajaan supaya mempercepat pemberian vaksin kepada tahanan di penjara serta depoh imigresen.

Mengulas lanjut, Khairy berkata, pemberian vaksin dos pertama di Depoh Imigresen Bekenu, Sarawak.

Jelas beliau, ia membabitkan 393 tahanan pada bermula 27 Julai lalu, sementara pemberian dos kedua pada 17 Ogos sebanyak 377 orang.

“Jumlah kumulatif tahanan di depoh imigresen yang telah disuntik dos pertama ialah seramai 112,324 orang dan 3,379 menerima dos kedua berdasarkan, data hingga 11 Oktober lalu,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya