HTAR sedia hadapi peningkatan pesakit Covid-19 - Utusan Malaysia

HTAR sedia hadapi peningkatan pesakit Covid-19

ZULKARNAIN Mohd. Rawi (dua kiri) menerima lawatan rasmi pegawai perubatan Hospital Shah Alam di HTAR Klang, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini, sentiasa bersiap sedia menghadapi peningkatan jumlah pesakit Covid-19 termasuk yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Pengarah HTAR, Dr. Zulkarnain Mohd. Rawi berkata, jumlah pesakit harian yang diterima pihaknya setakat ini masih kurang daripada 100 orang.

Katanya, pesakit melibatkan semua kategori itu tidak termasuk 10 kes harian melibatkan pesakit yang dirawat di ICU.

“Secara puratanya, sebanyak 10 katil  disediakan hospital bagi pesakit berkenaan ketika ini.

“Namun, kita bersedia menambah jumlah penggunaan katil bergantung kepada kes dan keperluan pesakit,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Kelmarin, Kementerian Kesihatan memaklumkan, kadar kes yang memerlukan rawatan di ICU menunjukkan peningkatan dua peratus berbanding minggu epidemiologi (ME) sebelumnya (ME ke-43), biarpun kebanyakan indikator utama menunjukkan trend penurunan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sehingga 6 November lalu (ME ke-44), sebanyak 2,501,966 kes kumulatif Covid-19 dilaporkan dengan 65,505 kes aktif dan 29,256 kes kematian.

Selain Kelantan, kes positif di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di Putrajaya turut menunjukkan trend peningkatan sejak dua minggu lalu.

Jelas Zulkarnain, kemasukan pesakit di hospital berkenaan masih terkawal dan tidak menunjukkan peningkatan ketara setakat ini.

“Jika dibandingkan pada Julai atau Ogos lalu, kira-kira 30 kes pesakit yang dirawat di ICU HTAR setiap hari.

“Namun, jumlah itu semakin berkurangan berikutan pelaksanaan program vaksinasi oleh kerajaan dan berharap keadaan itu berterusan,” ujarnya.

Tambah beliau, pihaknya bagaimanapun sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan peningkatan kes terutama selepas kebenaran merentas negeri. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya