757,374 individu layak terima dos penggalak di Pahang - Utusan Malaysia

757,374 individu layak terima dos penggalak di Pahang

NOOR AZIMI YUNUS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Dianggarkan kira-kira 757,374 individu di negeri ini, membabitkan barisan hadapan, warga emas dan pesakit-pesakit kronik dikenal pasti sebagai penerima dos penggalak vaksin Covid-19.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP), Datuk Dr. Nor Azimi Yunus berkata, penerimaan itu mula dilaksanakan selepas arahan dikeluarkan di peringkat negeri, pertengahan Oktober lalu.

Menurutnya, secara keseluruhannya dianggarkan seramai 55,458 penerima daripada kalangan petugas barisan hadapan, diikuti 160,178 warga emas dan 541,349 merupakan pesakit tanpa mengira usia.

“Sebagai permulaan, sebanyak 18,489 pemberian dos penggalak vaksin Covid-19 sudah diberikan kepada petugas barisan hadapan sejak 15 Oktober lalu.

“Seterusnya, pada 28 Oktober lalu, giliran warga emas dan mereka berpenyakit pula diberikan suntikan dos penggalak itu sama ada di fasiliti kesihatan ataupun di Klinik Swasta (GP),” katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar selepas majlis bersama media di Hotel Grand Makmur di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Dr Nor Azimi berkata sebahagian rakyat negeri ini yang menerima suntikan dos penggalak selepas mereka mendapat maklum balas melalui aplikasi MySejahtera. 

“Suntikan dos penggalak ini hanya diberikan kepada mereka yang sudah melepasi tempoh sekurang-kurang enam bulan daripada tarikh penerimaan dos kedua. 

“Bagi suntikan vaksin dos penggalak, penerima hanya diberikan jenis Pfizer, setakat ini,” katanya. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya