6 kes BID daripada 29 kematian Covid-19 dilaporkan - Utusan Malaysia

6 kes BID daripada 29 kematian Covid-19 dilaporkan

PETUGAS kesihatan menyediakan jarum suntikan vaksin di sebuah pusat vaksinasi di daerah Errahma berhampiran Casablanca. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia terus merekodkan pertambahan tujuh kluster Covid-19 baharu selepas semalam hanya mencatatkan tiga kluster. 

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan tujuh kluster itu menjadi keseluruhan kluster aktif sebanyak 227 kluster. 

“Selain itu, 5,711 kluster yang telah tamat direkodkan manakala jumlah kluster terkumpul sejak berlakunya pandemik Covid-19 iaitu 5,938 kluster,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Noor Hisham berkata, Malaysia mencatatkan penurunan kes positif Covid-19 iaitu 4,087 kes berbanding semalam, 4,239 kes sekali gus diatasi 4,984 kes sembuh.

Katanya, sebanyak 507 kes Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 272 kes memerlukan Alat Bantuan Pernafasan (ABP).

“Daripada 4,087 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, 72 kes (1.8 peratus) adalah kategori tiga, empat dan lima.

“Bakinya, 4,015 kes (98.2 peratus) adalah terdiri daripada kategori satu dan dua,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan kematian, Malaysia semalam, mencatatkan penurunan jumlah kematian yang dilaporkan iaitu 29 kes berbanding kelmarin, 40 kes. 

Rekod terbabit adalah setakat pukul 6 petang, hari ini berdasarkan maklumat dikemas kini melalui laman web, https://covidnow.moh.gov.my menjadikan keseluruhan kes terkini sebanyak 30,309 kes. 

Bagi kes kematian yang dibawa ke hospital (BID), sebanyak enam daripada 29 kes dengan jumlah keseluruhan sebanyak 6,130 kes. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya