PETALING JAYA: Sebanyak 5,413 kes positif baharu Covid-19 dilaporkan, naik 270 kes berbanding 5,143 kes semalam.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, jumlah kumulatif itu kini 2,556,865 kes.
Berdasarkan laman CovidNow setakat 15 November 2021 pada 11.59 malam, 533 kematian dalam tempoh 14 hari.
Kadar penggunaan katil mencatatkan 69 peratus manakala kadar lengkap vaksinasi mencatatkan sebanyak 76.1 peratus. -UTUSAN ONLINE