314 kluster aktif, tempat kerja penyumbang terbanyak - Utusan Malaysia

314 kluster aktif, tempat kerja penyumbang terbanyak

DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Tempat kerja terus mencatatkan jumlah terbanyak iaitu tiga daripada enam kluster Covid-19 hari ini, diikuti dua kluster berkaitan pendidikan dan satu kluster pusat tahanan. 

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kluster tempat kerja melibatkan Kulim, Kedah serta Kuala Krai, Machang, Kelantan dan Kulai, Johor. 

“Kluster berkaitan pendidikan iaitu satu kluster pendidikan tinggi di Lembah Pantai, Kuala Lumpur dan satu kluster pendidikan lain di Putrajaya manakala satu kluster pusat tahanan di Sepang, Selangor.

“Jumlah terbabit menjadikan keseluruhan kluster aktif sebanyak 314 kluster manakala 5,498 kluster yang telah tamat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

 Noor Hisham berkata, Malaysia mencatatkan sedikit penurunan kes positif Covid-19 iaitu 4,543 kes berbanding semalam, 4,343 kes sekali gus diatasi 7,348 kes sembuh. 

Selain itu katanya, sebanyak 534 kes Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 263 kes memerlukan Alat Bantuan Pernafasan (ABP).

“Daripada 4,543 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, 112 kes (2.5 peratus) adalah kategori tiga, empat dan lima. 

“Bakinya 4,431 kes (97.5 peratus)  adalah terdiri daripada kategori satu dan dua,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan kematian, Malaysia semalam, mencatatkan penurunan jumlah kematian yang dilaporkan iaitu 35 kes berbanding kelmarin, 54 kes. 

Rekod terbabit adalah setakat pukul 7 petang, hari ini berdasarkan maklumat dikemas kini melalui laman web, https://covidnow.moh.gov.my menjadikan keseluruhan kes terkini sebanyak 29,291 kes. 

Bagi kes kematian yang dibawa ke hospital (BID), sebanyak lima daripada 35 kes dengan jumlah keseluruhan sebanyak 5,924 kes. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya