247 kluster aktif Covid-19 - Utusan Malaysia

247 kluster aktif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia merekodkan pertambahan lapan kluster baharu selepas semalam, mencatatkan tujuh kluster. 

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan lapan kluster itu menjadikan keseluruhan kluster aktif sebanyak 247 kluster. 

“Selain itu, 5,611 kluster yang telah tamat direkodkan manakala jumlah kluster terkumpul sejak berlakunya pandemik Covid-19 iaitu 5,858 kluster,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Noor Hisham berkata, Malaysia mencatatkan sedikit peningkatan  kes positif Covid-19 iaitu 6,288 kes berbanding semalam, 5,413 kes sekali gus mengatasi 4,743 kes sembuh.

Katanya, sebanyak 536 kes Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 251 kes memerlukan Alat Bantuan Pernafasan (ABP).

“Daripada 6,288 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, 125 kes (2.0 peratus) adalah kategori tiga, empat dan lima manakala bakinya, 6,163 kes (98 peratus) lagi terdiri daripada kategori satu dan dua,” katanya. 

Dalam perkembangan berkaitan kematian, Malaysia semalam, mencatatkan penurunan jumlah kematian yang dilaporkan iaitu 40 kes berbanding kelmarin, 53 kes. 

Rekod terbabit adalah setakat pukul 7 petang, hari ini berdasarkan maklumat dikemas kini melalui laman web, https://covidnow.moh.gov.my menjadikan keseluruhan kes terkini sebanyak 29,769 kes. 

Bagi kes kematian yang dibawa ke hospital (BID), sebanyak tujuh daripada 40 kes dengan jumlah keseluruhan sebanyak 6,024 kes. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya