10 kluster Covid-19, 85 kes kategori tiga, empat dan lima - Utusan Malaysia

10 kluster Covid-19, 85 kes kategori tiga, empat dan lima

DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia merekodkan pertambahan 10 kluster Covid-19 baharu selepas semalam, mencatatkan hanya tujuh kluster. 

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan 10 kluster itu menjadi keseluruhan kluster aktif sebanyak 231 kluster. 

“Selain itu, 5,667 kluster yang telah tamat direkodkan manakala jumlah kluster terkumpul sejak berlakunya pandemik Covid-19 iaitu 5,898 kluster,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Noor Hisham berkata, Malaysia mencatatkan peningkatan kes positif Covid-19 iaitu 5,594 kes berbanding semalam, 4,885 kes sekali gus mengatasi 4,908 kes sembuh.

Katanya, sebanyak 532 kes Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 266 kes memerlukan Alat Bantuan Pernafasan (ABP).

“Daripada 5,594 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, 85 kes (1.5 peratus) adalah kategori tiga, empat dan lima, manakala bakinya, 5,509 kes (98.5 peratus) adalah terdiri daripada kategori satu dan dua,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan kematian, Malaysia semalam, mencatatkan peningkatan jumlah kematian yang dilaporkan iaitu 63 kes berbanding kelmarin, 24 kes. 

Rekod terbabit adalah setakat pukul 7 petang, hari ini berdasarkan maklumat dikemas kini melalui laman web, https://covidnow.moh.gov.my menjadikan keseluruhan kes terkini sebanyak 30,063 kes. 

Bagi kes kematian yang dibawa ke hospital (BID), sebanyak 13 daripada 63 kes dengan jumlah keseluruhan sebanyak 6,077 kes. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya