Umur 23 sudah miliki kedai kek, roti - Utusan Malaysia

Umur 23 sudah miliki kedai kek, roti

NOR Aqilah Aimi Mohd. Nor menyusun roti di kedai Caviesta Bakery di Taman Sri Skudai, Johor Bahru, Johor. -UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Usia bukan ukuran menjadi seorang usahawan muda berjaya bagi seorang gadis yang bertekad membuka sebuah kedai kek dan roti bermodalkan RM10,000.

Berbekalkan ilmu yang dipelajari selama tiga tahun di Kolej Yayasan Pelajaran Johor (KYPJ), Nor Aqilah Aimi Mohd. Nor, 23, atau lebih mesra dengan panggilan Illa membuka kedai itu yang dikenali sebagai Caviesta Bakery.

Pemegang Diploma Seni Kulinari tersebut mampu tersenyum apabila kedainya di Taman Sri Skudai, di sini yang menawarkan pelbagai jenis kek dan roti mendapat sambutan hebat daripada orang ramai sejak beroperasi April lalu.

Katanya, dia mengikuti jejak langkah bapanya, Mohd. Noh Yusoh yang pernah bekerja di beberapa hotel terkemuka dalam bidang pastri dan kulinari.

“Alhamdulillah, sambutan amat menggalakkan daripada orang ramai yang menyokong perniagaan sejak dibuka. Saya turut dibantu oleh ayah yang juga pakar dalam bidang pembuatan pastri dan kek,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, semalam.

Menariknya, jualan dan hidangan kek serta roti setaraf hotel lima bintang tetapi harganya ibarat beli di kedai biasa dengan harga bermula RM1.50 hingga RM11.50 bagi roti dan RM30 hingga RM75 bagi kek.

Menurut anak bongsu daripada dua beradik itu, dia menjadikan selebriti yang juga cef, Datuk Fazley Yaakob sebagai idolanya.

Berpegang kepada prinsip usaha tangga kejayaan, Nor Aqilah Aimi berkata, bapanya adalah sumber inspirasi kepadanya untuk belajar dalam bidang seni kulinari.

“Tempoh tiga tahun belajar di KYPJ dimanfaat sepenuhnya sehingga memperoleh anugerah dekan. Saya kini bercita-cita mengembangkan perniagaan dan mengimpikan membuka sebuah kafe berkonsepkan hipster.

Orang ramai yang ingin membuat tempahan boleh menghubungi Nor Aqilah Aimi di nombor 013-7124257 atau IG caviesta_bakery serta Facebook caviesta bakery. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya