Semua 25 PPV di Perak akan ditutup berperingkat  - Utusan Malaysia

Semua 25 PPV di Perak akan ditutup berperingkat 

MOHD. Akmal Kamarudin (dua dari kanan) menuang minyak masak terpakai ke dalam tong pada program O-waste di Kampar hari ini. - UTUSAN/MOHAMAD HAFIZI MOHD. SAID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAMPAR: Semua 25 buah Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Covid-19 di negeri ini akan ditutup secara berperingkat sehingga hujung bulan ini.

 

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi negeri, Mohd. Akmal Kamarudin berkata, sebanyak sembilan buah PPV telah ditutup bermula 1 Oktober lalu hingga hari ini.

 

Sembilan buah PPV yang sudah ditutup setakat ialah masing-masing sebuah PPV di Daerah Kampar dan Mualim, dua PPV di Daerah Kinta dan tiga  PPV di Daerah Perak Tengah serta tiga PPV di Daerah Hulu Perak.

 

Menurut Mohd. Akmal, penutupan PPV di negeri ini dilaksanakan selepas perkara itu disyorkan oleh Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) Kebangsaan.

 

“Saya terlibat dalam mesyuarat dengan CITF Kebangsaan baru-baru ini dan mereka mengesyorkan agar PPV di negeri ini ditutup secara berperingkat sehingga hujung bulan ini memandangkan sudah capai sasaran dan tiada orang  datang ke PPV.

 

“Maklumat yang kita dapat juga kemungkinan PPV terakhir yang akan ditutup ialah PPV Stadium Indera Mulia di Ipoh,” katanya.

 

Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan Pelancaran Program Pengumpulan Minyak Masak Terpakai (O-waste) di Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) Darul Muttaqin, Malim Nawar, di sini hari ini.

 

Menurut Mohd. Akmal, bagi individu yang belum lengkap suntikan vaksin Covid-19, mereka  akan dirujuk ke klinik kesihatan berhampiran untuk menerima dos kedua.

 

“Apabila PPV ditutup, orang tertanya nak ke mana? Jadi saya nak maklumkan pertama, kita akan giatkan kempen jangkauan (outreach).

 

“Kedua, mereka yang belum selesai vaksin baru dos pertama, akan dipanggil untuk ke klinik kesihatan berdekatan,” katanya.

 

Menurutnya, rakyat diminta tidak panik apabila melihat PPV di kawasan mereka ditutup atau beranggapan program vaksinasi sudah tamat.

 

“Jangan terkejut kalau tengok PPV ditutup, itu bukan bermaksud dihentikan proses vaksinasi tapi ia diteruskan di klinik kesihatan dan juga ada klinik serta hospital swasta.

 

“Bagi yang belum mahu menerima vaksin dan rasa nak divaksin, jangan risau bila PPV ditutup, mereka masih boleh ke klinik kesihatan dan hospital.” katanya. – UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya