Hanya 96 kes Covid-19 kategori 3, 4, 5 - Utusan Malaysia

Hanya 96 kes Covid-19 kategori 3, 4, 5

DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia hari ini merekodkan pertambahan kluster Covid-19 sebanyak enam kluster melibatkan tiga tempat kerja manakala komuniti, institusi pendidikan KPM dan pendidikan tinggi, masing-masing satu kluster.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, tempat kerja melibatkan dua di Johor dan satu di Kelantan. 

“Satu kluster komuniti melibatkan Kedah serta kluster institusi pendidikan KPM di Kedah dan satu kluster pendidikan tinggi di Selangor. 

“Jumlah terbabit menjadikan keseluruhan kluster aktif sebanyak 528 kluster manakala 5,200 kluster yang telah tamat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

 Noor Hisham berkata, Malaysia mencatatkan sedikit penurunan kes positif Covid-19 iaitu 4,782 kes berbanding semalam, 5,666 kes sekali gus terus diatasi 7,414 kes sembuh. 

Selain itu katanya, sebanyak 607 kes Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 300 kes memerlukan Alat Bantuan Pernafasan (ABP).

“Daripada 4,782 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, sebanyak 96 kes (2 peratus) adalah kategori tiga, empat dan lima. 

“Bakinya, 4,686 kes (98 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori satu dan dua,” katanya. 

Dalam perkembangan berkaitan kematian, Malaysia semalam, mencatatkan sedikit peningkatan jumlah kematian yang dilaporkan iaitu 46 kes berbanding kelmarin, 42 kes. 

Rekod terbabit adalah setakat pukul 7 petang, hari ini berdasarkan maklumat dikemas kini melalui laman web, https://covidnow.moh.gov.my menjadikan keseluruhan kes terkini sebanyak 28,400 kes. 

Bagi kes kematian yang dibawa ke hospital (BID), sebanyak 12 daripada 46 kes dengan jumlah keseluruhan sebanyak 5,740 kes. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya