JOHOR BAHRU: Seorang lelaki yang mengibar bendera putih di rumahnya di Taman Pulai Indah, Kangkar Pulai, di sini serik untuk menagih simpati meminta sumbangan seperti yang dilakukan sebelum ini. Zulkiflie Samsudin, 39, bertekad untuk menggerakkan tulang empat kerat bagi mencari rezeki dengan hasil usaha sendiri untuk menyara keluarga. Lelaki itu baru-baru ini mencuri tumpuan umum khususnya di media sosial selepas gambar bendera putih di rumahnya tular kelmarin menyebabkan bantuan diterima mencurah-curah daripada pelbagai pihak termasuk individu perseorangan. Katanya yang kehilangan kerja sebagai jurukimpal akibat pandemik Covid-19, dia mempunyai tanggungan seorang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya