Tukar ikan dengan sayur bantu penduduk - Utusan Malaysia

Tukar ikan dengan sayur bantu penduduk

SUKARELAWAN membungkus sayur yang tiba dari Cameron Highlands untuk diagihkan kepada penduduk di sekitar Lumut baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lumut menggunakan kaedah barter trade atau pertukaran barang bagi membantu penduduk dengan cara menukar ikan di Pulau Pangkor dengan sayur pekebun di Cameron Highlands baru-baru ini.

Pengarah Komunikasi Pemuda Amanah Perak, Mohd Ikhmal Mohd. Iskandar berkata, menerusi cara itu, pusat khidmat berkenaan menghantar 200 kilogram pelbagai jenis ikan kepada para pekebun sayur di Cameron Highlands.

Menurutnya, sebagai pertukaran, mereka membawa pulang 2,000 kilogram sayur daripada pekebun di tanah tinggi itu yang kemudiannya diagihkan kepada penduduk terutama nelayan dan pekebun di kawasan Parlimen Lumut.

“Idea tukar barang ini dilaksanakan sejak tahun lalu selepas melihat Pangkor kaya dengan sumber ikan.

“Cara ini relevan ketika kuasa beli pengguna mula menyusut ekoran pandemik Covid-19 yang sudah berlarutan lebih dua tahun,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Menurutnya, kaedah barter trade mendapat reaksi positif daripada pekebun sayur di Cameron Highlands apatah lagi ketika perintah kawalan pergerakan (PKP) menyebabkan barang keperluan harian terhad di kawasan tanah tinggi itu.

Katanya, selain sayur, ikan juga ditukarkan dengan strawberi.

“Pekebun sayur di Cameron Highlands jelas gembira dengan cara ini kerana mereka sememangnya mahukan ikan, apatah lagi ketika PKP bekalan ikan terhad di tanah tinggi itu. Dengan cara ini, kami tidak perlu mengeluarkan kos, cuma hanya kos pengangkutan,” katanya.

Mohd. Ikhmal berkata, program itu merupakan antara program tanggungjawab sosial korporat (CSR) antara Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lumut, Dr. Hatta Ramli dan pekebun sayur di Cameron Highlands.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya