KUANTAN: Seorang ibu yang baharu melahirkan cahaya mata pertama berdepan detik cukup menyedihkan apabila terpaksa berpisah selama 19 hari dengan anak lelakinya kerana dia disahkan positif Covid-19. Bercakap kepada Utusan Malaysia, ibu tersebut yang hanya ingin dikenali sebagai Nurul, 26, berkata, setelah selamat bersalin pada 30 Jun lalu, dia tidak dapat menyentuh dan menatap wajah anaknya, Muhamad Zayyan Ihtisyam secara berdepan kerana wad kanak-kanak pada waktu itu terpaksa dikuarantin sehingga 8 Julai lalu atas sebab tertentu. Menurutnya, pada 2 Julai lalu, dia dibenarkan keluar dari Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA)…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya