Beli van, percepat pengurusan jenazah - Utusan Malaysia

Beli van, percepat pengurusan jenazah

SEBUAH van jenazah dibeli ADUN Jeram, Mohd. Shaid Rosli bagi membantu penduduk khususnya di Jeram dan Kuala Selangor mempercepatkan pengurusan jenazah ahli keluarga yang meninggal dunia akibat Covid-19.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kebimbangan terhadap peningkatan jumlah kematian akibat jangkitan Covid-19 di hospital khususnya di Selangor menimbulkan masalah kelewatan dalam pengurusan pengebumian jenazah yang ditambah dengan kekurangan van untuk urusan berkenaan.

Hal tersebut menyebabkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram, Mohd. Shaid Rosli mengambil inisiatif membeli sebuah van jenazah selepas menerima banyak aduan mengenai kelewatan pengebumian jenazah.

Beliau berkata, waris kepada ahli keluarga yang meninggal akibat Covid-19 tidak mahu melihat jenazah dibiarkan terlalu lama di rumah mayat di hospital yang kritikal.

“Saya dimaklumkan oleh rakan-rakan yang menguruskan jenazah, di mana terlalu banyak jenazah yang belum dikebumikan kerana kekurangan van jenazah Covid-19. Jenazah di hospital terpaksa tunggu giliran dan bertindih diantara satu sama lain kerana ruang yang sempit.

“Semua van jenazah tidak (tidak cukup) mengambil jenazah covid. Ini menyukarkan proses pengebumian. Waris terpaksa menunggu dua ke tiga hari bagi mendapatkan van jenazah.
Saya merasakan untuk kawasan Jeram atau Kuala Selangor, kita perlu ada van jenazah Covid-19 sendiri,” katanya.

Selangor hari ini mencatatkan jumlah jangkitan harian terkini wabak terbabit sebanyak 7,171 kes dengan kematian sebanyak 41 kes, namun, jumlah itu hanya 20.9 peratus berbanding jumlah penduduk di Selangor.

Bagaimanapun, di Jeram sebanyak 23 kes baharu dilapor menjadikan kumulatif jangkitan di sana sebanyak 1,840 kes dan kes aktif pula sebanyak 273 kes. Sementara itu jumlah keseluruhan kematian di kawasan itu pula sebanyak 18 kes.

Mengulas peningkatan kes, beliau memaklumkan kepadatan penduduk khususnya di Bandar Puncak Alam menyumbang kepada kenaikan yang berlaku.

“Ya, kawasan kita ini penduduk padat. Covid-19 cepat merebak,” ujarnya ringkas.

Terdahulu Utusan Malaysia melaporkan Mohd. Shaid Rosli menyelar tindakan majikan yang menyembunyikan kes positif dalam kalangan kakitangan dan memaksa pekerja tidak dijangkiti bekerja seperti biasa.

Situasi tersebut berlaku dekat sebuah pasar raya di sana sehingga menyebabkan sebuah kluster tercetus. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya