9 lokaliti di 2 negeri dikenakan PKPD - Utusan Malaysia

9 lokaliti di 2 negeri dikenakan PKPD

HISHAMMUDDIN TUN HUSSEIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Sejumlah sembilan lokaliti di dua buah negeri bakal dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama tempoh 14 hari bermula Isnin ini dengan dua daripadanya terletak dalam daerah Rompin, Pahang iaitu Bandar Melati dan Ladang Senang.

Menteri Kanan Kluster Keselamatan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, selebihnya pula melibatkan Sabah dengan dua lokaliti dalam daerah Beaufort iaitu Kampung Melulugus dan kawasan Lorong 3, Kampung Klias Baru manakala di daerah Kota Kinabalu, melibatkan Lorong Kuala Laut Likas, Kampung Warisan, Kampung Darau Menggatal, Kampung Rakyat Baru dan kuarters pekerja Imbas Jaya di Jalan Kionso.

“Satu lagi lokaliti di negeri berkenaan disambung PKPD hingga 15 Ogos iaitu Kampung Tinusa 2, Bahagian Sandakan selain kawasan penduduk Orang Asli dari suku Semelai di Pos Iskandar, dekat Pekan Kemayan, Daerah Bera, Pahang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas Hishammuddin, satu lokaliti di negeri itu berakhir PKPD esok seperti dijadualkan iaitu kawasan pelancongan terkenal di Kuala Medang, Sungai Koyan, daerah Lipis termasuk empat lokaliti dalam daerah Rembau, Negeri Sembilan iaitu Taman KSNS, Taman Setia Raja, Taman Chembong Utama serta Taman Chembong Jaya.

Di Kedah, katanya, tiga lokaliti turut ditamatkan PKPD iaitu di daerah Kuala Muda iaitu Taman Bandar Baru Sungai Lalang, Taman Lembah Permai dan Kawasan Perindustrian Bakar Arang termasuk Taman Cahaya PKNK.

Di Sarawak pula, penamatan PKPD juga esok membabitkan Kampung Emperoh Nyiru Grait dalam Bahagian Kuching manakala jirannya, Sabah, ada lima lokaliti meliputi Apartment Seri Maju, daerah Kota Kinabalu; Taman Zifa Bingkul, daerah Beaufort; Kampung Simpangan, daerah Kota Marudu serta QL Farm Breeder, Jalan Stesen TV dan kuarters pekerja Onika Kuari, daerah Tawau. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya