UMNO Terengganu sumbang 15,000 bakul makanan kepada golongan tercicir - Utusan Malaysia

UMNO Terengganu sumbang 15,000 bakul makanan kepada golongan tercicir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Badan Perhubungan UMNO Terengganu menyumbangkan 15,000 bakul makanan kepada mana-mana rakyat negeri ini yang tercicir daripada menerima bantuan Covid-19.

Ketua Penerangannya, Datuk Nik Dir Nik Wan Ku berkata, langkah itu bertujuan memastikan kebajikan kelompok yang terkesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak terabai dan mendapat manfaat sewajarnya.

Katanya, bakul makanan itu diserahkan kepada ketua UMNO cawangan masing-masing untuk diagihkan kepada golongan sasar.

“Kerajaan  negeri tidak menyalurkan peruntukan khas Covid-19 kepada wakil rakyat Barisan Nasional (BN), oleh itu kita berusaha menyediakan bakul makanan khusus kepada mereka yang tercicir daripada bantuan pandemik,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, Nik Dir menafikan laporan yang tular di media sosial kononnya UMNO negeri melancarkan tabung Covid-19 bagi mengumpul dana sebanyak RM500,000 untuk disalurkan kepada ahli-ahlinya yang terjejas akibat PKP.

Katanya, UMNO Terengganu tidak pernah sama sekali melancarkan tabung berkenaan sebagaimana yang didakwa.

“Kerajaan negeri dan Persekutuan sudah mengeluarkan bantuan kepada mereka yang terkesan Covid-19 melalui saluran pentadbiran kerajaan di bawah agensi masing-masing di negeri ini, jadi  mana-mana rakyat yang terkesan boleh menghubungi agensi berkenaan bagi mendapatkan bantuan,” katanya. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya