Ramai tanam pisang ketika PKP, pengeluaran kini berlebihan - Utusan Malaysia

Ramai tanam pisang ketika PKP, pengeluaran kini berlebihan

SEORANG pekerja memikul setandan pisang di Kampung Tengkek, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Pisang jenis berangan ketika ini menghadapi masalah lambakan di peringkat ladang ekoran pengeluaran berlebihan di seluruh negara.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA PILAH: Jumlah individu terlibat dalam penanaman pisang yang meningkat sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama tahun lalu antara faktor berlakunya lambakan hasil tani itu ketika ini.

Seorang pekebun pisang, Arbain Sadri, 35, berkata, apabila hilang pekerjaan akibat PKP, ramai yang cuba melibatkan diri dengan projek tanaman pisang termasuk pisang jenis berangan sebagai usaha menampung kelangsungan hidup mereka.

“Memang kita dapat lihat sekarang ini ramai ‘pemain-pemain’ baharu dalam tanaman pisang. Saya akui mereka terlibat sejak setahun lalu selepas masing-masing terkesan dengan kehilangan pekerjaan dan pendapatan ketika itu.

“Hasil tanaman mereka itu kini sudah mula mengeluarkan hasil. Bila semua menanam pisang, pengeluaran hasil pisang termasuk pisang berangan juga meningkat ketika ini. Nasib tidak baik hasil mereka keluar ketika negara sekali lagi melaksanakan PKP,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di ladang pisang The Kebun di Kampung Tengkek, dekat sini, semalam.

Menurut Arbain, kurangnya permintaan dan pasaran akibat PKP telah menyebabkan berlakunya lebihan dan lambakan pisang berangan di peringkat ladang.

“Menambah masalah lagi, ‘pemain-pemain’ baharu ini tidak mempunyai pasaran yang kukuh lagi, jadi mereka tidak tahu mana di mana lagi boleh mereka pasarkan lagi hasil tanaman mereka itu.

“Berbanding mereka yang sudah lama berada dalam tanaman pisang, mereka mempunyai pemborong dan peraih tetap yang selalu mengambil hasil daripada mereka. Mereka juga mempunyai rangkaian yang kuat jadi boleh membantu antara satu sama yang lain, tetapi saya lihat ada juga penanam pisang yang lama turut membantu penanam-penanam pisang yang baharu ini,” katanya.

Sementara itu, menurut Indra Akmal Misron, sewaktu PKP yang pertama dilaksanakan pada tahun lalu, tidak berlaku lambakan hasil pisang berangan seperti apa yang berlaku ketika ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya