PKP: 27 hari berkurung, netizen luah perasaan - Utusan Malaysia

PKP: 27 hari berkurung, netizen luah perasaan

PERSOALAN dibangkitkan Asyraf Wajdi Dusuki dalam laman Facebooknya yang mendapat pelbagai reaksi orang ramai mengenai PKP 3.0
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selepas 27 hari berkurung, apa harapan dan perasaan semua jika Perintah Kawalan Pergerakan (3.0) dilanjutkan dua minggu lagi?

Persoalan dibangkitkan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki di laman sosial Facebooknya itu, hari ini menjadi platform kepada orang ramai meluahkan isi hati mereka berhubung pelaksanaan PKP.

Hanya dalam tempoh 45 minit persoalan itu diutarakan menyaksikan hampir 500 komen, 40 perkongsian dan 1,900 tanda like diberikan netizen.

Rata-rata mereka meluahkan rasa hati yang terpendam dengan situasi lockdown yang hampir sebulan dilaksanakan bagi menangani pandemik Covid-19 di negara ini.

Ada meluahkan rasa kecewa dengan kesan lockdown yang dilihat mereka seperti tidak mencapai matlamat dan ada menyatakan harapan selain memberi pandangan masing-masing berhubung situasi semasa sedang dihadapi.

“Sedih dan stress. Berkurung di rumah dan pergerakan 10km sahaja. Tidak adil untuk kami berkurung di rumah manakala ada sektor yang bukan essential beroperasi secara normal,”  ujar seorang netizen menggunakan nama Azizah Alias sebagai respons terhadap persoalan dibangkitkan Asyraf Wajdi di laman Facebooknya itu.

“Berasa sangat marah kalau PKP total ni disambung lagi. Tapi nak buat mcm mana kes masih atas 5k (5,000) sehari. Kerajaan kena buat post mortem kenapa total lockdown kali ni gagal,” kata seorang lagi netizen.

Status pelaksanaan PKP 3.0 sama ada dilanjutkan atau sebaliknya akan diumumkan hari ini.

Sebelum ini, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba memberitahu, negara hanya boleh beralih ke fasa kedua jika purata kes Covid-19 berada di bawah 4,000 kes sehari selama tujuh hari berturut-turut mengikut Pelan Pemulihan Negara.

Selain itu, penilaian dibuat berdasarkan kapasiti katil di unit rawatan rapi (ICU) perlu mencapai paras 75 peratus ke bawah di samping 10 peratus populasi telah divaksin. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya