Pesakit Dystonia Cerebral Palsy tak takut cucuk vaksin - Utusan Malaysia

Pesakit Dystonia Cerebral Palsy tak takut cucuk vaksin

PESAKIT Dystonia Cerebral Palsy pertama di Malaysia, Nor Adnisa Muhammad Nasir (kiri) yang menerima vaksin bersama Syuhaida Saad ketika ditemui di Taman Cempaka Putih, Kampung Tambun Tulang, Arau, Perlis.- UTUSAN/NAZLINA NADZARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: Sakit dan hanya mampu terlantar di atas katil tidak menjadi penghalang kepada pesakit Dystonia Cerebral Palsy, Nor Adnisa Muhammad Nasir, 23, mendapatkan suntikan vaksin Covid-19.

Dia yang terlantar sejak bayi susulan demam kuning yang kemudian menyerang otak, sedikitpun tidak takut atau gementar menerima suntikan dos pertama vaksin jenis Pfizer-BioNTech pada 31 Mei lalu.

Sebagai rekod, Nor Adnisa adalah pesakit pertama Dystonia Cerebral Palsy di negara ini.

Ibunya, Syuhaida Saad,47, berkata, dia terlebih dahulu mendapatkan nasihat doktor dan pakar-pakar yang merawat Nor Adnisa mengenai kepentingan vaksin sebelum memutus mendaftarkan anak kedua daripada empat adik beradik itu menerima vaksin.

Katanya, dia sedar anaknya yang merupakan golongan berisiko jika berjangkit dengan Covid-19 dan menerima kesan lebih tinggi berbanding individu lain jika tidak mengambil suntikan vaksin.

“Sebelum kami bawa dia (Adnisa) pergi terima suntikan, kami sudah beritahu padanya. Adnisa langsung tidak takut, malah, dia tidak sabar untuk mendapatkan vaksin. Adnisa sudah biasa dengan ubat sejak kecil lagi, jadi, dia tidak takut untuk mengambil suntikan tersebut.

“Selepas menerima suntikan dia tidak mengalami demam tetapi dia ada mengadu ada rasa sedikit sakit di bahagian suntikan,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di Taman Cempaka Putih, Kampung Tambun Tulang di sini, semalam.

Menurutnya, dia membawa anaknya ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV)  di Dewan Wawasan 2020 di Kangar dengan bantuan Van Amal Wakaf Perlis.

Sementara itu, dia yang sudah menerima suntikan vaksin pertama pada 27 Mei lalu  menasihatkan orang ramai supaya tidak mendengar khabar angin yang mempunyai banyak perkara negatif dan ditokok tambah. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya