Penjara Jelebu kali kedua kena PKPD - Utusan Malaysia

Penjara Jelebu kali kedua kena PKPD

ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Penjara Jelebu dan kuarters kakitangannya di Jelebu, Negeri Sembilan antara tiga lokaliti dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mulai lusa hingga 15 Julai ini selepas 132 kes positif Covid-19 dikesan melibatkan tahanan, kakitangan penjara dan ahli keluarga.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagaimanapun berkata, Blok Muhasabah yang menempatkan banduan Pusat Transit dan Penerimaan adalah dikecualikan.

Ini juga merupakan kali kedua institusi penjara seluas 87 hektar di Mukim Gelami Lemi itu dikenakan PKPD selepas julung kalinya pada 28 Disember tahun lepas sehingga 7 Februari lalu.

“Turut dikenakan PKPD ialah Kampung Pangkal Jetas di Jajahan Machang, Kelantan dan Taman Public di Daerah Kota Kinabalu, Bahagian Pantai Barat Sabah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu Ismail Sabri menambah, PKPD di Kampung Landung Ayang, Bahagian Kudat, Sabah disambung lagi sehingga 15 Julai kerana masih berlaku penularan dalam komuniti serta terdapat kes baharu Covid-19 dicatatkan di perkampungan itu dengan 89 kes lagi.

Bagaimanapun, empat lokaliti lagi di negeri tersebut ditamatkan esok seperti dijadualkan melibatkan tiga lokaliti di Bahagian Tawau iaitu Kampung Bukit Gemuk, Kampung Tanjung Batu Keramat di Daerah Tawau dan Perumahan Etara, Jalan Agaseh di Daerah Lahad Datu.

Baki satu lagi ujar beliau di Taman Lavender, Bahagian Kudat, manakala satu lokaliti pula terletak di negeri jirannya, Sarawak iaitu di Kampung Serikin, Daerah Bau, Bahagian Kuching. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya