Kita berjaya elak malapetaka - PM - Utusan Malaysia

Kita berjaya elak malapetaka – PM

MUHYIDDIN YASSIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan negara berjaya mengelak daripada malapetaka sejak kerajaan memutus melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara menyeluruh di seluruh negara sejak 1 Jun lalu.

Perdana Menteri berkata, PKP secara menyeluruh untuk fasa pertama dilaksanakan setelah mengambil kira penularan kes Covid-19 dalam komuniti, kewujudan varian-varian baharu yang lebih ganas dengan kadar kebolehjangkitan tinggi yang mengancam keupayaan sistem kesihatan awam negara.

Malah, katanya, Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) masih dalam peringkat awal pelaksanaannya namun menjangkakan bekalan vaksin akan lebih stabil mulai bulan ini.

“Keputusan melaksanakan PKP secara menyeluruh ini  berjaya mengelakkan berlakunya peningkatan kes-kes baharu secara lebih mendadak atau exponential surge of new cases.

“Kementerian Kesihatan telah membuat unjuran sekiranya PKP tidak dilaksanakan, kes harian Covid-19 di negara kita mencecah lebih 13,000 kes pada hari ini dan seluruh sistem kesihatan kita akan runtuh,” katanya.

Justeru, katanya, pelaksanaan PKP penuh menunjukkan hasil yang memberangsangkan selepas dua minggu dilaksanakan.

Katanya, ini berdasarkan graf jangkitan kes Covid-19 yang mula menunjukkan trend melandai dengan mencatatkan 4,949 kes semalam berbanding 9,020 kes pada 29 Mei 2021, iaitu kes harian tertinggi yang dicatatkan di negara setakat ini.

“Sistem kesihatan negara kita juga masih mampu menampung kes-kes baharu di samping mencatatkan jumlah pesakit sembuh yang tinggi.

“Ini menunjukkan tindakan yang diambil oleh kerajaan telah membuahkan hasil. Kita berjaya elak dari malapetaka,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya