Kematian Covid-19 turun; tempat kerja, komuniti kluster terbanyak - Utusan Malaysia

Kematian Covid-19 turun; tempat kerja, komuniti kluster terbanyak

DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Biarpun kematian akibat Covid-19 merekodkan penurunan iaitu 62 kes berbanding semalam 107 kes namun kluster tempat kerja dan komuniti kekal menjadi penyumbang terbesar antara 23 kluster baharu, hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, tempat kerja mencatatkan sebanyak 13 kluster diikuti komuniti, lapan kes manakala kumpulan berisiko tinggi dan pendidikan lain, masing-masing satu kluster.

Kluster tempat kerja katanya, empat di Selangor, Industri Jalan Ikan Duyung di Klang (37), Industri Subang Utama Enam di Klang dan Petaling (28), Jalan PPS Satu di Klang (12), Industri Jalan Masjid Batu Sembilan di Kuala Langat dan Klang (186) manakala Kuala Lumpur, tiga kluster, Perindustrian 33 di Kepong (13), Pasar TTDI di Kepong dan Cheras (11), Jalan Prima Impian di Kepong (26) dan Jalan Thean Teik di Timur Laut, Pulau Pinang (37).

“Johor merekodkan empat kluster iaitu Perindustrian Murni Empat di Kulai (36), Jalan Penaga Industri di Johor Bahru dan Kota Tinggi (35), Batu 23 Choh di Kulai, Pontian dan Batu Pahat (6), Perindustrian Rami Satu di Muar (22) manakala Industri Bidor di Batang Padang, Perak (8).

“Bagi kluster komuniti, tiga di Kelantan, Kampung Pangkal Jetas di Machang (19), Jalan 14/44 Padang Tembak di Kota Bharu (16), Kampung Nibong Lemal di Pasir Mas (8) manakala tiga di Sarawak, Tema Saan di Tebedu (42), Po AI di Sri Aman (106), Blimbing di Bau (35) serta Parit Keroma di Muar, Johor (11) dan Limbawang di Beaufort (30), ” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Noor Hisham berkata, dua kluster lain iaitu kumpulan berisiko tinggi, Jalan Emas Putih di Klang (8) manakala pendidikan lain, Meranti Indah di Bera, Pahang (16).

Bagi 62 kematian katanya, Selangor terus menjadi negeri tertinggi iaitu 22 kes, sembilan kes di Negeri Sembilan, tujuh kes di Melaka, lima kes di Kuala Lumpur, empat kes di Johor, masing-masing tiga kes di Sabah dan Pahang, masing-masing dua kes di Kelantan, Perak, Kedah, dan Labuan, serta satu kes di Sarawak.

“Seramai 34 lelaki termasuk dua warga asing dan 28 wanita termasuk satu warga asing berusia antara 32 hingga 104 tahun dengan 41 warga emas, 11 kes tiada latar belakang penyakit dan tujuh kes meninggal dunia di rumah.

“Antara penyakit yang dikesan pula, kencing manis, darah tinggi, jantung, paru-paru kronik, strok, obesiti, dislipidemia, buah pinggang kronik, asma, jantung, sawan, kanser, salur darah, tiroid dan strok,” katanya.

Beliau berkata, Malaysia merekodkan kes positif Covid-19 melebihi 6,000 iaitu 6,276 kes sekali gus mengatasi kes sembuh iaitu 4,929 kes dengan 905 kes di unit rawatan rapi (ICU) selain 452 kes memerlukan bantuan pernafasan dan 64,129 kes aktif.

“Selangor terus menjadi penyumbang terbesar apabila merekodkan sebanyak 2,836 kes diikuti Negeri Sembilan (644), Kuala Lumpur (625), Sarawak (376), Johor (299), Sabah (242), Kedah (226), Melaka (223) dan Pahang (210).

“Baki negeri merekodkan kes di bawah 200 iaitu Kelantan (159), Perak (137), Labuan (132), Pulau Pinang (131), Terengganu (20), Putrajaya (11) manakala Perlis, lima kes,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya