Kebenaran pelepasan barangan non-essential bermula esok - Utusan Malaysia

Kebenaran pelepasan barangan non-essential bermula esok

WEE KA SIONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA:  Kerajaan membenarkan pelepasan barangan (loading dan unloading) bukan keperluan oleh pengeksport dan pengimport bermula esok bagi memastikan pergerakan barang tidak terjejas ketika musim pandemik Covid-19.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong, kementerian menyambut baik keputusan Majlis Keselamatan Negara (MKN) membenarkan pelepasan barangan dari pukul 8 pagi hingga 8 malam pada hari Isnin, Rabu, dan Jumaat bermula esok.

Menurutnya, kebenaran aktiviti adalah terhad kepada loading dan unloading kargo ke atau dari kilang, pelabuhan dan lapangan terbang bagi tujuan eksport dan import. 

“Ia meliputi pelepasan, perancangan, pergerakan barang, operasi forklift, memuat dan memunggah. 

“Pengeksport, pengimport, dan pengendali gudang boleh mendapatkan kebenaran Polis Diraja Malaysia (PDRM) di balai polis terdekat dengan mengemukakan dokumen lengkap yang berkaitan sebagai bukti seperti invois, bil muatan, senarai pembungkusan, dan lain-lain yang berkaitan ,” katanya menerusi kenyataan akhbar, hari ini.

Menurut Ka Siong, senarai nama pekerja yang terlibat untuk melaksanakannya juga perlu dilampirkan dan bilangan pekerja yang dibenarkan adalah terhad dan perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang berkaitan. 

“Kelulusan daripada PDRM ini boleh digunakan sebagai kebenaran perjalanan bagi pekerja di sekatan jalan raya (SJR) dan perlu ditunjukkan kepada pihak berkuasa jika diperlukan semasa loading dan unloading tersebut dilaksanakan,” katanya.

Beliau  berkata, operasi itu juga membolehkan pergerakan barangan non-essential (terhad kepada stok sedia ada) untuk pengimportan dan pengeksportan ke negara-negara jiran. 

“Bagi operasi untuk barangan essential yang memperoleh pengesahan pendaftaran daripada MITI, ia boleh diteruskan seperti biasa dan tidak tertakluk kepada perkara ini. 

“Keputusan ini diambil setelah menimbangkan keperluan bagi menangani pandemik Covid-19 dan memastikan pergerakan barang tidak terjejas yang pastinya akan mengganggu pasaran konvensional termasuk aktiviti edagang,” katanya.

Katanya, Kementerian Pengangkutan  melaksanakan kaedah sama semasa penguatkuasaan PKP 1.0 pada awal tahun lalu supaya dapat menjamin kelancaran pergerakan barangan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya