KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan merekodkan jumlah jangkitan harian Covid-19 di seluruh negara menurun kepada 5,304 kes hari ini.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan Covid-19 setakat ini sebanyak 657,508 kes.
Kes tersebut adalah rekod kedua terendah sejak kes harian baharu direkodkan melebihi 5,000, 19 Mei lalu.
Selangor bagaimanapun kekal sebagai negeri dengan rekod tertinggi iaitu sebanyak 1,973 kes diikuti Sarawak (544) dan Kuala Lumpur (462).
Negeri-negeri lain iaitu Johor (363); Sabah (335); Negeri Sembilan (331); Kedah (301); Pulau Pinang (256); Kelantan (179); Labuan (158); Melaka (145); Perak (121); Pahang (78); Terengganu (46); Putrajaya (7) dan Perlis (5). – UTUSAN ONLINE