Aktiviti sosial, sukan tertentu dibuka pada Fasa Ketiga  - Utusan Malaysia

Aktiviti sosial, sukan tertentu dibuka pada Fasa Ketiga 

Aktiviti sosial termasuk pendidikan dan sukan dijangka mula dibuka secara berperingkat selepas 40 peratus rakyat Malaysia menerima dos kedua vaksin Covid-19.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Aktiviti sosial termasuk pendidikan dan sukan dijangka mula dibuka secara berperingkat selepas 40 peratus rakyat Malaysia menerima dos kedua vaksin Covid-19.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan perkara itu dalam Strategi Pelan Pemulihan Negera dengan mengatakan ia hanya dibenarkan pada Fasa Ketiga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Untuk Fasa Ketiga, aktiviti sosial termasuk pendidikan dan sukan tertentu boleh mula dibuka secara berperingkat.

“40 peratus populasi negara ini telah menerima dua dos suntikan vaksin fasa ini dan nilai ambang ini dijangka dapat dicapai paling awal pada akhir Ogos 2021,” katanya.

Namun, pada fasa itu, semua sektor ekonomi akan dibenarkan beroperasi kecuali aktiviti yang tersenarai dalam senarai negatif, iaitu aktiviti yang berisiko tinggi menyebabkan jangkitan Covid-19 atau melibatkan keramaian.

Muhyiddin berkata, untuk Fasa Ketiga, semua aktiviti pembuatan akan dibenarkan beroperasi tertakluk kepada prosedur operasi standar (SOP) dan had kapasiti.

“Kelonggaran kepada had kapasiti akan dipertimbang untuk membolehkan syarikat beroperasi sepenuhnya setelah pekerjanya divaksinasi. 

“Aktiviti berisiko tinggi yang melibatkan keramaian seperti penganjuran konvensyen dan di mana penjarakan sosial tidak dapat diamalkan seperti pub, spa dan salon kecantikan tidak dibenarkan,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya