9 rumah panjang di Sarawak kena PKPD - Utusan Malaysia

9 rumah panjang di Sarawak kena PKPD

ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Sebanyak sembilan rumah panjang di Sarawak terletak di Sungai Rassau, Batang Igan, Daerah Matu, Bahagian Mukah bakal dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula Sabtu hingga 2 Julai ini.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, rumah panjang itu ialah Salim anak Unang, Judy anak Kudi, Danggang anak Ujang, Lait anak Ijang, Mathew anak Merang, Chandi anak KIlau, Putut anak Jugah, Sadin anak Jeli dan Mador anak Rendah.

Kata beliau, turut sama dikenakan PKPD ialah Asrama Pekerja Warga Asing dan Kawasan Kilang Wan Cens Plastic Industries & Rainbow Metal Sdn. Bhd. di Buloh Kasap, Daerah Segamat, Johor.

“PKPD melibatkan kawasan Semarak, Bahagian Tawau dan Kampung Pengaraban, Bahagian Kudat di Sabah yang sepatutnya berakhir esok, akan disambung lagi selama 14 hari.

 “Bagaimanapun, Taman Milenium dan Kampung Jawa Kongsi 10 di Bahagian Tawau serta Kampung Tanjung Aru Baru dan Rumah Murah Kepayan, Daerah Kota Kinabalu, Bahagian Pantai Barat  ditamatkan PKPD esok seperti dijadualkan,” katanya.

Menurut beliau, tidak ketinggalan berakhir PKPD esok ialah Rumah Panjang Sigah anak Lak, Sungai Baoh Burak, Daerah Dalat, Bahagian Mukah, Sarawak ekoran berlaku penurunan kes.

 Turut  ditamatkan PKPD, menurut beliau, ialah keseluruhan Daerah Besut yang melibatkan kesemua 15 mukim meliputi Kampung Raja, Keluang, Lubuk Kawah, Bukit Kenak, Pelagat, Jabi, Tembila, Kerandang, Bukit Puteri, Pengkalan Nangka, Kuala Besut, Pasir Akar, Kubang Bemban, Tenang dan Hulu Besut. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya