12.6 % rakyat di Negeri Sembilan telah divaksin - Utusan Malaysia

12.6 % rakyat di Negeri Sembilan telah divaksin

SEORANG warga emas menahan rasa cemas ketika menerima suntikan vaksin Covid-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Pejabat Daerah dan Tanah Jempol, Jempol baru-baru ini. Gambar hiasan - UTUSAN/NOR AINNA HAMZAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seramai 107,180 individu di negeri ini menerima dos pertama suntikan vaksin Covid-19 manakala sebanyak 64,070 individu telah selesai menerima dua dos suntikan sehingga 13 Jun lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, S. Veerapan berkata, jumlah tersebut menjadikan peratusan pemberian vaksin di negeri ini sehingga tempoh berkenaan adalah sekitar 12.62 peratus.

Katanya, daripada jumlah berkenaan, seramai 32 Orang Asli menerima vaksin dan jumlah berkenaan bakal dipertingkatkan menerusi perkhidmatan ‘outreach’ (khidmat masyarakat) vaksinasi.

“Bilangan Orang Asli yang layak menerima suntikan vaksin adalah 8,167 orang. Daripada jumlah tersebut, 857 orang bersetuju  menerima suntikan.

“Aktiviti promosi sedang giat dijalankan oleh Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa), Kementerian Kesihatan dan masyarakat setempat bagi meningkatkan bilangan mereka yang bersetuju,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, Veerapan berkata, Negeri Sembilan adalah antara negeri tertinggi dikesan kes Covid-19 dan sehingga semalam, terdapat 33 kluster aktif dengan jumlah kes membabitkan kesemua kluster berkenaan adalah sebanyak 5,345 kes.

Menurutnya, kluster yang mempunyai jumlah kes yang tertinggi adalah Kluster Industri Senawang iaitu sebanyak 716 kes.

“Kluster-kluster lain adalah melibatkan industri (kilang) dan kluster komuniti. Selebihnya adalah kes hasil dari saringan kontek rapat dan saringan seperti saringan bergejala, saringan pekerjaan dan saringan pra rawatan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya