SOP ketat untuk kawal pergerakan rakyat di luar rumah - Utusan Malaysia

SOP ketat untuk kawal pergerakan rakyat di luar rumah

ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Tindakan kerajaan memperketat semula prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 bagi mengawal pergerakan rakyat di luar rumah.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ini termasuk dengan melaksanakan kembali dasar Bekerja Dari Rumah (BDR) dan mengehadkan masa perniagaan.

“Justeru, kedai hanya dibuka dari pukul 8 pagi hingga 8 malam mulai 25 Mei ini berbanding sebelumnya dari 6 pagi hingga 12 tengah malam,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Langkah tegas itu bagamanapun tidak melibatkan kedai farmasi yang masih dibenar dibuka sehingga 10 malam manakala stesen minyak di lebuh raya dibolehkan beroperasi 24 jam.

Beliau menyatakan pengehadan waktu itu turut meliputi kompleks beli-belah namun sekatan ini hanya berkuat kuasa di seluruh Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Usaha itu ujar Ismail Sabri, antara langkah kerajaan untuk memperketat semula SOP sektor ekonomi sejajar PKP 3.0 yang dilaksanakan kembali di negara ini sejak 12 Mei lalu.

Begitu juga BDR katanya, apabila hanya 20 peratus penjawat awam dibenarkan datang ke tempat kerja manakala baki melibatkan 750,000 orang lagi bertugas dari kediaman.

“Bagi sektor swasta, kerajaan bersetuju cuma 40 peratus akan BDR yang membabitkan 6.1 juta pekerja dan 60 peratus lagi hanya petugas bahagian operasi dan pengurusan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya